Suara Hati

Suara hati datang dari lubuk paling dalam jiwa kita. Aku sendiri bertanya apa tujuan sebenar blog ini aku terbitkan. Namun hanya Allah yang tahu pergolakan hatiku sendiri. Sekadar memberi makna dan berkongsi suara hati. Semoga hanya keredhaan Allah yang dicari. Kadang-kadang dalam kehidupan kita ini kita terus mencari makna hidup dan jarang kita ketemui jawaban yang sebenarnya. xrayhati?

Wednesday, January 2, 2008

Suatu pencarian.....

Aku terperanjat dapat gambar ni pagi tadi sempena tahun baru 2008. Teringat masa tu masing-masing mencari erti diri. Sekarang dah lebih 20 tahun berlalu......xrayhati.

Persoalan Hidup





Sejauh mana perjalanan kehidupan kita setakat ini, masih belum lengkap kalau kita belum mendapat jawapan bagi persoalan berikut:


SIAPA SAYA?


MENGAPA SAYA DILAHIRKAN?


MAHU KE MANA SAYA INI?


Kadang-kadang dengan hanya bertanya soalan-soalan ini sahaja tanpa merenung jawapannya sudah cukup untuk memberikan kita ketenangan dan membawa kita ke perspektif yang mententeramkan jiwa.

Mentelah lagi kalau ianya menjadi suatu komitmen dalam diri bagi mencari jawapannya. Kalau saudara malam ini terasa "down" sebab kerenah pelanggan, keluarga, rakan, kewangan atau apa saja, cuba ajukan soalan ini pada diri sendiri tanpa perlu merenung jawapannya. Saya pasti saudara akan merasa suatu kerehatan jiwa kerana kita memaksa fikiran kita untuk "back to basic" atau "mendarat semula ke bumi" dan paling penting merenung apakah yang aku cari selama ini.

Sesi yang akan datang kita cuba mencari jawapan bagi soalan "Siapa Saya?". xrayhati....

Siapa Saya? Part 1


Kita sering menjawab kepada solan ini dengan memberi pengenalan diri kepada nama kita, jawatan yang kita sandang di tempat kerja, pangkat atau kehormatan yang diperolehi dan lain-lain lagi. Jawapan-jawapan ini memang benar dan relevan pada ketika solan ini diajukan kepada kita. Namun secara realitinya apa saja yang kita kaitkan dengan pengenalan diri kita semuanya bersifat sementara. Nama kita akan mula dilupakan bila kita telah meninggalkan dunia ini. Jawatan lenyap bila kita bersara. Pangkat sekadar gelaran yang diberikan semasa hayat kita di dunia ini. Jadi apa yang kekal? Semestinya soalan siapa saya perlu kepada pengakuan secara total terhadap fakta dan kebenaran bahwa kita ini diciptakan. Malah kesemua yang ada di alam maya pada ini ada penciptanya. Pengakuan ini secara terus akan membawa kepada jawapan "siapa saya" yang bersifat kekal dan universal. Aku ini adalah makhluk manusia yang diciptakan oleh penciptaku - ALLAH. Kalau aku ini dicptakan, maka aku ini adalah hamba atau subjek kepada yang menciptakan aku. Siapa saya? Saya adalah hamba Allah......xrayhati...

Nota; Perbincangan kita ini tertakluk kepada kepercayaan (iman) kita terhadap fakta penciptaan alam dan manusia. Tahap kepercayaan berbeza-beza dan jawapan yang hakiki kadang-kadang menjadi kabur mengikut kadar iman seseorang.
Di sesi akan datang kita akan berbicara tentang bukti penciptaan alam & manusia melalui kebenaran & mukjizat Al Quran. Siapa saya? Part 2